KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (milik penuh Klinik Pergigian Syarifah Fazlina Sdn. Bhd.) atau lebih dikenali sebagai KPS telah beroperasi semenjak November 2008 di cawangan utama berlokasi di Geliga, Kemaman (Terengganu). KPS menyediakan perkhidmatan pergigian untuk pesakit di sekitar Terengganu & Pahang secara amnya. Cawangan di Terengganu merangkumi di Geliga, Kerteh, Paka, Batu 2 Chukai dan Pak Sabah Dungun. Setelah berkembang pesat, Klinik Pergigian Syarifah mengembang sayapnya bagi meluaskan perkhidmatan pergigian bagi penduduk Kuantan. Secara rasminya, KPS cawangan Pahang merangkumi Teluk Sisek, Balok, Indera Mahkota 08 & Temerloh. Selain itu, KPS juga telah membuka makmal untuk membuat gigi palsu yang diberi nama THE DENTAL OVEN. Terdapat 20 orang doktor dan sejumlah 108 orang pekerja di KPS secara keseluruhannya. KPS juga mengambil doktor locum dari hospital yang berdekatan dengan klinik bagi membantu menjalankan operasi klinik.