Company Profile

Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care (201801033638)

Tagline Dental

Contact Person
Cik Rasyidah
Address
NO. 25-2-1, TINGKAT 1, JALAN RAJA NONG 1/KS2, 41000 KLANG SELANGOR Malaysia
Telephone
011-12711140
Career Email
hartadent@gmail.com
Areas of Specialization
  • Medical Services

Online Profile

Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care (KPVADC) dahulunya dikenali sebagai Klinik Pergigian Nazurah. Klinik ini telah beroperasi dengan usahasama bersama Doktor Verde Wigid Putra dan Doktor Rabi’atul Adawiah selama 10 tahun sebelum diambil alih secara milikan tunggal atas nama yang bertanggungjawab iaitu Doktor Rabi’atul Adawiyah Binti Subahi pada Mei 2016. Pada 19 September 2018, Hartadent Sdn Bhd ditubuhkan sebagai pengurus dan pentadbir kepada Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care. Syarikat tersebut ditubuhkan untuk meneruskan perkhidmatan pergigian secara korporat yang lebih lancar dan professional.

Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care menawarkan Perkhidmatan Pergigian kepada semua golongan tanpa mengira umur, jantina mahupun pendapatan. Klinik menawarkan pelbagai rawatan pergigian, ianya terbahagi kepada (2) jenis rawatan iaitu, Rawatan Asas seperti Cucian Gigi Scaling, Cabutan Extraction, Tampalan Filling dan Rawatan Susulan seperti Gigi Palsu Denture, Implant and Crown, Bridge, rawatan akar gigi Root Canal Treatment, Ortodontik. Selain daripada itu, Klinik juga menawarkan rawatan seperti Veneer, Retainer, Airfow/EMS, Sealant/Flouride Tropical, Package Whitening dan Digital Dentistry (PA, OPG/CEPH, OPG+CEPH).

KPVADC mencari Doktor Pergigian yang berminat menjadi sebahagian dari team KPVADC dalam usaha mengembangkan lagi cawangan Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care di Seluruh Malaysia.